Tuesday, February 12, 2008

Terlupa...

Aku terlupa nak update blog nie...Ha ha. Hampeh tul...! Nanti aku post maklumat terkini

Wednesday, January 30, 2008

SHOP FOR SALE/ KEDAI UNTUK DIJUAL





Location: Austin Avenue JP Perdana
Price : RM 150k Each(After Completion 25k Discount given)Negotiable
Unit : F-03-07 & F-03-09
Progress: 65%
Expected Completion: 2008 (First Phase Completed with CFO)

# All necessary arrangement for the sale will be arrange by Owner

Intrested please call: (012-7596486

Monday, January 28, 2008

Syarat Penyerahan Pemilikan Kosong Yang Perlu Dipatuhi Oleh Pemaju

Hmmm..satu persoalan....!!

Garis Panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju sebelum penyerahan pemilikan kosong itu dikira sempurna dilaksanakan (Menurut Jadual G- Akta Perumahan 1966) :

Penyerahan Pemilikan Kosong Tersebut Hendaklah:-

1) Disertakan sijil kesiapan yang ditandatangani oleh Arkitek yang mengesahkan bahawa binaan bangunan/ hartanah tersebut telahpun disiapkan /disempurnakan pembinaannya mengikut ataupun mematuhi spesifikasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh akta kesiapan yang berkaitan.

2) Penyerahan pemilikan kosong tersebut hendaklah disertakan dengan sijil layak menduduki/CFO. Pihak pemaju walaubagaimanapun boleh melakukan penyerahan pemilikan kosong tanpa CFO asalkan disertakan surat pengesahan dari pihak berkuasa yang memberi kelulusan mengesahkan bahawa Borang E telahpun dihantar oleh pemaju , disemak dan diterima oleh pihak berkuasa tempatan. (Yang nie selalunya pengesahan dari Majlis la...Cth Majlis Daerah Kulai.)

3) Biasanya pengeluaran sijil kelayakan menduduki /CFO ini tidaklah sukar untuk diperolehi, asalkan pihak pemaju mematuhi segala spesifikasi pembinaan yang telahpun ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

4) Adalah menjadi kebiasaan pihak yang terbabit akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan . Sekiranya permohonan CFO tersebut ditolak, pihak yang memberi kelulusan akan menyatakan sebab mengapa permohonan tersebut ditolak (kebiasaannya pembinaan yang tidak mengikut garis panduan/ spesifikasi .kelulusan tidak akan diberikan.) Contoh: Binaan bangunan tidak selamat, .

5) Proses ini akan berulang sehinggalah pihak pemaju telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan..dan barulah biasanya kelulusan akan diperolehi.

Vacant Possession/ Penyerahan Pemilikan Kosong- Yang Perlu Anda Tahu

1) Penyerahan pemilikan kosong/ VP haruslah dilakukan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian jual beli.

2) Sekiranya pihak pemaju gagal menyiapkan / melaksanakan penyerahan pemilikan kosong dalam tempoh yang telah dinyatakan, maka pihak pemaju hendaklah membuat pembayaran penalti kepada pihak pembeli,bermula dari tarikh berakhirnya penjanjian jual beli sehinggalah penyerahan pemilikan kosong dilaksanakan dengan sempurna.

Contoh pengiraan faedah kelewatan adalah seperti berikut:

a)
Harga Rumah X 10% /365 hari = faedah untuk satu hari

(b) Faedah kelewatan untuk setiap hari x jumlah hari yang lewat = jumlah faedah


3) Untuk mengelakkan kekeliruan biasanya tuntutan faedah kelewatan ini hanya akan dilakukan semasa pihak pembeli menerima penyerahan pemilikan kosong.

4) Bagi pembeli yang membuat tuntutan faedah ini melalui Tribunal Tuntutan Perumahan:

# tuntutan tersebut hendaklah dibuat tidak melebihi 12 bulan dari:-

a) Tarikh pengeluaran sijil layak menduduki(CFO), atau
b) Tarikh berakhirnya tempoh tanggungan kecacatan (defect liability period) bangunan/ hartanah terbabit.

Sunday, January 27, 2008

Apakah yang boleh anda lakukan sekiranya rumah yang dibeli gagal disiapkan/ terbengkalai

Sumber ini dipetik dari:http://www.kpkt.gov.my/kpkt/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=92&VertSectionID=47&CurLocation=47

Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju perumahan yang menghilangkan diri dan tidak meneruskan projek perumahan? Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pembeli?

Jawapan
Kementerian boleh mengambil beberapa tindakan sesuai terhadap pemaju untuk melindungi kepentingan pembeli-pembeli. Di antara tindakan yang biasa diambil ialah memanggil pemaju hadir memberi penjelasan mengenai isu/permasalahan sebenar yang dihadapi dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya. Kementerian juga boleh mendakwa pemaju berkenaan jika di dapati telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Bagi pembeli-pembeli pula, mereka boleh mengambil tindakan Mahkamah ke atas pemaju berkenaan berdasarkan perbekalan-perbekalan Perjanjian Jual dan Beli ataupun membuat aduan bertulis kepada Kementerian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Jika didapati sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, pembeli terbabit hendaklah segera melaporkan ke Kementerian untuk tindakan susulan. Dalam pada itu, pembeli juga boleh mengkaveat ke atas harta tersebut bagi menjamin hak mereka (biasanya kaveat ini juga dibuat selepas Surat Perjanjian Jual dan Beli ditandatangani), mendapatkan pandangan peguam untuk tindakan-tindakan sesuai yang boleh di ambil dan menuntu gantirugi daripada pemaju/penjual. Mengikut Fasal 20 atau Fasal 22 Surat Perjanjian Jual dan Beli berkaitan dengan memberi hak kepada pembeli menuntut gantirugi kepada pemaju/penjual jika mera gagal menyerahkan pemilikan kosong dalam tempoh yang ditetapkan itu. Pemaju/penjual pada dasarnya hendaklah dengan serta merta membayar kepada pembeli gantirugi dengan jumlah yang tertentu yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli. Jika pemaju gagal menunaikan tanggungjawab ini, pembeli-pembeli boleh mendakwa pemaju di Mahkamah.

Sekiranya pembeli mengetahui yang harta tersebut hendak dilelong, pembeli dengan serta merta mendapat peguam untuk memasukkan injuksi di Mahkamah untuk mendapat perintah Mahkamah menahan lelongan tersebut. (tindakan lanjut hendaklah diambil oleh peguam yang dilantik).

Saturday, January 26, 2008

Pinjaman Perumahan Untuk Mereka Yang Tidak Berpendapatan Tetap

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Golongan berpendapatan tidak tetap seperti petani dan pengusaha kecil berpeluang mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai pembelian rumah kos rendah dan sederhana berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia berikutan langkah kerajaan menyediakan dana permulaan sebanyak RM50 juta sebagai jaminan kepada Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Berhad untuk memberi pinjaman perumahan kepada golongan itu.

“Kerajaan yakin kemudahan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan ini termasuk mereka yang mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman perumahan tetapi tidak dapat menyediakan bukti pendapatan mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2008 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, kerajaan menyediakan sebanyak RM381 juta bagi melaksanakan perumahan rakyat kos rendah bagi membantu golongan itu menikmati rumah lebih selesa.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM191 juta diperuntukkan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa dan RM190 juta bagi PPR Bersepadu.

“Pada masa ini, 12,000 unit PPR Disewa dan 25,000 unit PPR Bersepadu sedang dalam peringkat pelaksanaan,” jelasnya.

Katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga akan mempergiatkan pembinaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah iaitu 6,000 unit di bawah Program Pemulihan Rumah Terbengkalai.

“Sebanyak 36,000 unit pula di bawah Program Perumahan Mampu Milik dan 4,000 unit di bawah Program Rumah Mesra Rakyat,” ujarnya.
Article Source: TimesPR NewsWire
About the Author: wan rahman

Panduan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Sumber ini dipetik dari: http://fax.reg.usm.my/upu/tribunal.htm

TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) boleh dihubungi melalui http://www.kpkt.gov.my/kpkt/main.php?Content=sections&SectionID=7

Ia beralamat di:Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Aras 2, Blok B Selatan, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur.

Telefon: 03-2092 4488 (Hotline) / 03-2099 8389 / 03-2099 8402. No. Fax : 03-20934776; E-mel: tribunal@kpkt.gov.my.

Selain itu, pihak-pihak yang menghadapi masalah dengan pembelian rumah diminta datang terus ke kementerian atau melalui saluran aduan di nombor telefon 03-20956013 atau 03-20992321 atau melalui e-mel di alamat pro@kpkt.gov.my/enforcement.





TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA



Maklumat-maklumat Mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna



1. APAKAH DIA TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA?

Ianya salah satu buah badan bebas yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna bagi gantirugi terhadap pembekal ke atas barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan.



2. APAKAH OBJEKTIF TRIBUNAL INI?

Objektif Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternative selain daripada Mahkamah bagi pengguna menuntut gantirugi secara mudah, murah dan cepat.



3. APAKAH BIDANG KUASA TRIBUNAL INI?

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :

a. apa-apa tuntutan menegenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999;

b. di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM 25,000.00;

c. apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian.



4. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA?

Hanya pengguna yang boleh membuat tuntutan di Tribunal ini. Pengguna ditakrifkan di bawah Akta sebagai seorang yang memperolehi atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperolehi bagi maksud diri sendiri, rumahtangga atau isi rumah.

5. APAKAH HAD KUASA TRIBUNAL INI?

Tribunal ini tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan mengenai:

(a) kematian atau kecederaan diri
(b) hakmilik tanah, francais
(c) pertikaian wasiat
(d) rahsia perdagangan
(e) nama baik(good will)
(f) harta intelek

6. ADAKAH HAD MASA UNTUK SAYA MEMBUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL?

Ya. Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.


7. BAGAIMANAKAH CARA SAYA HENDAK MEMBUAT SUATU TUNTUTAN?

Anda boleh mendapatkan borang tuntutan dalam Borang 1 (pernyataan Tuntutan) (seperti di lampiran 'A') di mana-mana pejabat Tribunal yang terdekat secara percuma. Anda dikehendaki mengisi Borang 1 dalam empat (4) salinan dnegan menyatakan dengan jelas jumlah dan asas / butir tuntutan anda. Borang yang lengkap diisi hendakla difailkan di pejabat Tribunal denga bayaran pemfailan tunai sebanyak RM 5.00.


8. APAKAH AKAN BERLAKU SELEPAS SAYA FAILKAN TUNTUTAN DENGAN TRIBUNAL INI?

(a) Borang tuntutan yang telah ditandatangani akan dimeterai oleh Tribunal dan akan dikembalikan dua salinan kepada anda. Satu salinan untuk simpanan anda dan sesalinan lagi untuk diserahkan kepada pihak yang dituntut atau penentang.

(b) Jika pihak penentang ingin mengemukakan pembelaannya atau membuat tuntutan balas terhadap anda, beliau hendaklah mengisi Borang2 (Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas) dan failkan di Tribunal dalam 4 salinan dengan bayaran pemfailan sebanyak RM 5.00. Satu salinan untuk simpanan pihak penentang dan sesalinan untuk diserahkan kepada anda.

(c) Sekiranya anda ingin menjawab kepada tuntutan balas pihak penentang, anda hendaklah mengisi Borang 3 (Pembelaan Kepada Tuntutan Balas) dan failkan di Tribunal secara percuma, serta diserahkan kepada pihak penentang.

9. BILAKAH DAN DI MANAKAH PERBICARAAN TRIBUNAL DIADAKAN?

Pejabat Tribunal akan menentukan tarikh, masa dan tempat untuk pendengaran tuntutan dan akan memaklumkan kepada anda dan juga pihak penentang dalam Borang 4 (Notis Pendengaran).



10. APA AKAN BERLAKU PADA TARIKH PENDENGARAN?

(a) Sebelum pendengaran dijalankan

Presiden akan membantu kedua-dua pihak untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan. Jika dipersetujui, award dengan persetujuan akan direkodkan.

(b) Semasa pendengaran

Sekiranya tiada persetujuan dicapai di antara kedua-dua pihak, pendengaran akan diteruskan seperti berikut:

(i) anda hendaklah mengemukakan tuntutan anda sendiri kerana Akta tidak membenarkan kedua-dua pihak diwakili oleh peguam.

(ii) anda hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk membuktikan tuntutan anda.

(iii) anda boleh membawa saksi untuk memberi keterangan bagi menyokong tuntutan anda.

(iv) Presiden akan membantu kedua-dua pihak untuk mengendalikan tuntutan, iaitu bagaimana hendak mengemukakan keterangan, rekod, dokumen serta hujahan.

11. SELEPAS PENDENGARAN APAKAH TINDAKAN TRIBUNAL?

Presiden akan membuat keputusan (award) yang bersesuaian dengan tuntutan anda. Keputusan Tribunal adalah muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.



12. APAKAH JENIS AWARD YANG BOLEH DIBUAT OLEH TRIBUNAL?

Tribunal boleh memerintahkan:

(a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;

(b) supaya barang yang dibekalkan atau dibekalkan semula mengikut Akta atau kontrak yang pengguna menjadi suatu pihak kepadanya;

(c) supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;

(d) supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;

(e) supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;

(f) supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oelh orang yang menuntut;

(g) supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;

(h) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;

(i) supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratus setahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antara pihak itu;

(j) bahawa tuntutan itu ditolak.

13. APAKAH KESAN AWARD YANG DIBUAT OLEH TRIBUNAL?

(a) setiap award Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

(b) setiap award Tribunal hendaklah dipatuhi dalam masa 14 hari dari tarikh award dibuat. Jika gagal adalah menjadi suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melabihi 2 tahun atau kedua-duanya.

14. BOLEHKAH TRIBUNAL MEMBUAT KEPUTUSAN TERHADAP SAYA JIKA SAYA TIDAK HADIR PADA TARIKH PENDENGARAN?

Ya . Jika didapati anda tidak hadir tanpa kebenaran Trbunal, Tribunal boleh;

(a) membatalkan tuntutan anda jika tiada tuntutan balas oleh pihak penentang.

(b) jika ada tuntutan balas oleh pihak penentang, Presiden akan mendengar tuntutan balas dan membuat awrd yang sewajarnya.




















Tatacara Pemfailan dan Pendaftaran

Secara ringkasnya, tatacara pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti berikut :-

(a) Setiap tuntutan hendaklah dibuat dengan memenuhi Borang 1, yang boleh didapati secara percuma dari mana-mana pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna yang terdekat;

(b) Borang 1 hendaklah dipenuhi oleh pihak yang menuntut dalam 4 salinan dan hendaklah difailkan di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Negeri berkenaan;

(c) Bayaran pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada pihak yang menuntut;

(d) Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dimeterai dengan Tribunal dan dua salinan Borang 1 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada pihak yang dituntut (penentang);

(e) Penyerahan Borang 1 kepada seorang penentang boleh dibuat dengan cara-cara berikut :-


Jika penentang seorang individu :

(i) meninggalkan dokumen itu dengan orang itu; atau

(ii) memberikan dokumen itu kepada orang itu; atau

(iii) mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau di alamatnya yang terakhir yang diketahui.


Jika penentang suatu Syarikat atau Firma:

(i) Meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu atau tuanpunya firma itu;

(ii) Memberikan dokumen itu kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas; atau

(iii) Mengeposkan dokumen itu dalam suatu berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas di pejabat berdaftar syarikat atau firma itu atau dialamat penyerahannya.


(f) Penentang yang menerima Borang 1 dari pihak yang menuntut hendaklah membuat pernyataan atau pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna;


(g) Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1;


(h) Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang;


(i) Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk diserahkan satu salinan kepada pihak yang menuntut seperti prosidur di perenggan (e);



(j) Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (sekiranya ada) dalam Borang 3 yang boleh juga didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal;


(k) Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang menuntut menerima Borang 2. Tidak ada apa-apa bayaran dikenakan bagi pemfailan Borang 3.


(l) Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan akan dimeterai dengan meterai Tribunal dan dua salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penuntut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang seperti prosider di perenggan (e).









Senarai Alamat Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna

Apa-apa pertanyaan mengenai tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, sila hubungi Ibu Pejabat yang beralamat seperti berikut:-






Setiausaha,
Ibu Pejabat,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan hal Ehwal Pengguna,
Tingkat 16, Putra Place,
100, Jalan Putra,
50622 Kuala Lumpur.