Sumber ini dipetik dari:http://www.kpkt.gov.my/kpkt/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=92&VertSectionID=47&CurLocation=47
Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju perumahan yang menghilangkan diri dan tidak meneruskan projek perumahan? Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pembeli?
Jawapan
Kementerian boleh mengambil beberapa tindakan sesuai terhadap pemaju untuk melindungi kepentingan pembeli-pembeli. Di antara tindakan yang biasa diambil ialah memanggil pemaju hadir memberi penjelasan mengenai isu/permasalahan sebenar yang dihadapi dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya. Kementerian juga boleh mendakwa pemaju berkenaan jika di dapati telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.
Bagi pembeli-pembeli pula, mereka boleh mengambil tindakan Mahkamah ke atas pemaju berkenaan berdasarkan perbekalan-perbekalan Perjanjian Jual dan Beli ataupun membuat aduan bertulis kepada Kementerian untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Jika didapati sesuatu projek perumahan itu terbengkalai, pembeli terbabit hendaklah segera melaporkan ke Kementerian untuk tindakan susulan. Dalam pada itu, pembeli juga boleh mengkaveat ke atas harta tersebut bagi menjamin hak mereka (biasanya kaveat ini juga dibuat selepas Surat Perjanjian Jual dan Beli ditandatangani), mendapatkan pandangan peguam untuk tindakan-tindakan sesuai yang boleh di ambil dan menuntu gantirugi daripada pemaju/penjual. Mengikut Fasal 20 atau Fasal 22 Surat Perjanjian Jual dan Beli berkaitan dengan memberi hak kepada pembeli menuntut gantirugi kepada pemaju/penjual jika mera gagal menyerahkan pemilikan kosong dalam tempoh yang ditetapkan itu. Pemaju/penjual pada dasarnya hendaklah dengan serta merta membayar kepada pembeli gantirugi dengan jumlah yang tertentu yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada harga beli. Jika pemaju gagal menunaikan tanggungjawab ini, pembeli-pembeli boleh mendakwa pemaju di Mahkamah.
Sekiranya pembeli mengetahui yang harta tersebut hendak dilelong, pembeli dengan serta merta mendapat peguam untuk memasukkan injuksi di Mahkamah untuk mendapat perintah Mahkamah menahan lelongan tersebut. (tindakan lanjut hendaklah diambil oleh peguam yang dilantik).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment