GARIS PANDUAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMAJU PERUMAHAN
BERLESEN DI BAWAH AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN
1. Menghantar Laporan Kemajuan Projek melalui Borang 7f bagi sesi
Jun dan Disember setiap tahun sehingga projek tersebut dikeluarkan
Sijil Layak Menduduki (CFO). Setelah sijil tersebut diperolehi 1 salinan
perlu dihantar kepada Bahagian Penguatkuasa dan 1 salinan lagi
kepada Bahagian Pelesenan. (Seksyen 7f)
2. Menghantar Laporan Beraudit pada setiap penggal Penutupan
Akaun Syarikat kepada Pengawal Perumahan. (Seksyen 7a)
3. Memaklumkan sebarang perubahan maklumat mengenai Lembaga
Pengarah Syarikat, penukaran alamat, pindaan pada rekabentuk atau
pembatalan ke atas pelaksanaan projek kepada kementerian serta
pihak pembeli.
4. Melayani aduan pembeli dan mengambil tindakan segera di atas
masalah yang diadukan. Sistem Pemarkahan akan dikenakan ke atas
pemaju yang tidak mengambil tindakan bagi aduan yang berasas.
5. Mempamerkan maklumat berkaitan Lesen dan Permit sama ada di
pejabat urusan atau mana-mana lokasi penjualan/urusniaga dibuat.
Perkara ini juga melibatkan urusan jualan di pameran-pameran/ekspo.
6. Bagi tujuan Pengiklanan, No. Lesen Pemaju dan No. Permit perlu
dipaparkan dengan Huruf Besar dan mudah dikesan sama ada di
media cetak mahupun di papan tanda; dengan menyebutkan 10
butiran wajib ada pada setiap iklan penjualan.
7. Menghantar permohonan Borang ”E” yang lengkap kepada Pihak
Berkuasa Tempatan dan mempunyai bukti penerimaan oleh pihak
berkenaan menunjukkan ia diterima tanpa sebarang masalah bagi
tujuan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki.
8. Menyedia dan memberikan Brosur ”Panduan Membeli Rumah”
kepada bakal pembeli.
9. Membuka Akaun Pemaju Perumahan di Bank dan tidak
menyalahgunakan wang projek tersebut kepada projek yang tiada
berkaitan dengan Lesen serta Permit yang telah dikeluarkan.
Sumber Bahagian Pengawasan & Penguatkuasa
Disember 2004
10. Mengendalikan Perkhidmatan Penyelenggaraan (maintenance)
yang memuaskan dan mengenakan bayaran yang munasabah (1
bulan+3 bulan ke hadapan).
11. Pihak pemaju dimestikan mematuhi serta membayar penuh amaun
Bayaran Gantirugi Kelewatan (LAD) bagi kos projek lewat
disiapkan secara 100% daripada kadar yang telah ditetapkan. Bagi
kesalahan tidak mematuhi perkara ini pihak pemaju akan dicadangkan
untuk disenarai hitamkan dan tidak akan diberikan lesen bagi projek
masa akan datang.
12. Pemaju Perumahan perlu merujuk kepada Buku Akta dan Peraturan
Pemajuan Perumahan yang boleh didapati dari mana-mana kedai buku
atau Jabatan Pencetakan Kerajaan bagi tujuan mengenalpasti perkaraperkara yang berkaitan undang-undang perumahan.
13. Sekiranya projek terhenti atau bermasalah, pihak pemaju perlu
memaklumkan kepada pihak Kementerian secara bertulis.
14. Bagi kes Kegagalan Struktur (Structure Failure) pihak pemaju masih
mempunyai tanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan ke
atas masalah tersebut dan boleh menguruskannya melalui
Arkitek/Juruperunding yang dilantik olehnya walaupun tempoh
kecacatan sesuatu projek itu telah luput.
Sumber Bahagian Pengawasan & Penguatkuasa
Disember 2004
Saturday, January 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment