Monday, January 28, 2008

Syarat Penyerahan Pemilikan Kosong Yang Perlu Dipatuhi Oleh Pemaju

Hmmm..satu persoalan....!!

Garis Panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju sebelum penyerahan pemilikan kosong itu dikira sempurna dilaksanakan (Menurut Jadual G- Akta Perumahan 1966) :

Penyerahan Pemilikan Kosong Tersebut Hendaklah:-

1) Disertakan sijil kesiapan yang ditandatangani oleh Arkitek yang mengesahkan bahawa binaan bangunan/ hartanah tersebut telahpun disiapkan /disempurnakan pembinaannya mengikut ataupun mematuhi spesifikasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh akta kesiapan yang berkaitan.

2) Penyerahan pemilikan kosong tersebut hendaklah disertakan dengan sijil layak menduduki/CFO. Pihak pemaju walaubagaimanapun boleh melakukan penyerahan pemilikan kosong tanpa CFO asalkan disertakan surat pengesahan dari pihak berkuasa yang memberi kelulusan mengesahkan bahawa Borang E telahpun dihantar oleh pemaju , disemak dan diterima oleh pihak berkuasa tempatan. (Yang nie selalunya pengesahan dari Majlis la...Cth Majlis Daerah Kulai.)

3) Biasanya pengeluaran sijil kelayakan menduduki /CFO ini tidaklah sukar untuk diperolehi, asalkan pihak pemaju mematuhi segala spesifikasi pembinaan yang telahpun ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

4) Adalah menjadi kebiasaan pihak yang terbabit akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan . Sekiranya permohonan CFO tersebut ditolak, pihak yang memberi kelulusan akan menyatakan sebab mengapa permohonan tersebut ditolak (kebiasaannya pembinaan yang tidak mengikut garis panduan/ spesifikasi .kelulusan tidak akan diberikan.) Contoh: Binaan bangunan tidak selamat, .

5) Proses ini akan berulang sehinggalah pihak pemaju telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan..dan barulah biasanya kelulusan akan diperolehi.

No comments: